suria

Rambut Elizabeth Tan gugur teruk… dedah hidap masalah kulit sejak kecil

PENYANYI Elizabeth Tan mendedahkan dia menghidap penyakit kulit iaitu masalah alopecia atau keguguran rambut kronik.

Elizabeth atau lebih mesra disapa Lizzy berkata, penyakit ini mula menyerang tubuhnya pada tahun 2018 dan mengakibatkan rambutnya gugur.

“Saya ada masalah ini sejak daripada tahun 2018, nama penyakit ni alopesiata dan dia akan datang dan pergi, jadi bila dia datang memang akan botak satu kepala tapi saya bersyukur kerana penyakit ini masih belum terlalu teruk.

“Sekarang ini saya hanya ikut saranan doktor untuk kurangkan keguguran, saya pun selalu minta pengurus dan mama periksa setiap bahagian rambut untuk pastikan tiada keguguran teruk,” kata Lizzy kepada mStar.

Dalam pada itu, Elizabeth berkata dia kini hanya bergantung kepada steriod untuk mencegah masalah itu.

“Saya kini hanya bergantung kepada krim steroid untuk menghentikan keguguran tapi sekiranya ia berlarutan jadi terpaksa ambil suntikan tapi memang tak nak sebab sakit!” luahnya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi