suria

Avaa Vanja sebak, menitis air mata kongsi kisah hijrah… Hati terjentik gara-gara anak!

PELAKON Avaa Vanja mendedahkan penghijrahannya adalah disebabkan anak perempuannya iaitu Maleena.

Kata Avaa atau nama sebenar Avaa Vanja Mohamad Ramli, 42, meskipun anaknya masih kecil tetapi Maleena sentiasa mengingatkan dirinya tentang Allah SWT.

“Sebagai ibu, anak itu adalah sumber kekuatan kami.

“Saya rasa bersyukur dianugerahkan anak yang sangat-sangat baik pada usianya yang masih kecil.

“Sebab dia mengingatkan saya tentang Allah setiap masa,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Avaa turut memberi respon mengenai netizen yang mempersoalkan latar belakang ilmu agamanya ketika berdakwah.

“Apa yang saya boleh katakan... never judge book by its cover.

“Latar belakang saya sebenarnya datang daripada keluarga yang sangat islamik dan memang dibimbing dari kecil,” ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi