suria

Bad Indigo bersumpah teman wanita itu wujud, sedih netizen tuduh ilusi tentang kekasih… “Kasihan dapat dosa sia-sia”

PENYANYI Bad Indigo mengulas mengenai kewujudan teman wanitanya digelar sebagai RDM yang didakwa hanyalah ilusi dan cerita rekaan semata-mata.

Kata Bad atau Badrul Izhan Yeop Abdullah, 48, dia bersumpah bahawa sesungguhnya RDM itu sememangnya wujud dan bukanlah ilusi seperti yang dituduh netizen.

“Apa yang saya boleh katakan saya seorang Muslim yang percayakan Allah SWT dan berpegang kepada satu.

“Dan dengan nama Allah RDM ini wujud, teman wanita saya itu wujud.

“Dia orang Malaysia macam saya cakap sebelum ini dia ada ibu bapa, adik-beradik, saya dan dia memang sangat wujud,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Bad turut meluahkan rasa sedih apabila menerima kecaman hebat netizen selepas berkongsi mengenai RDM baru-baru ini.

“Saya sedih dengan orang yang mengata saya itu kerana mereka telah berdosa.

“Mereka telah berdosa dengan sia-sia sahaja... kesian dekat mereka,” ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi