suria

Wak Doyok letak syarat bakal isteri mesti anak dara, sanggup tinggal bersama ibu mentua… “Sebelum ni banyak kena reject”

IKON fesyen Wak Doyok mengakui sedang mengenali hati budi seorang wanita untuk dijadikan isteri.

Kata Wak atau Mohd Azwan Md Nor, 48, dia memasang hasrat untuk berkahwin dan menginginkan hubungan yang mampu berkekalan hingga ke akhir hayat.

“Saya masih mengenali hati budi seseorang walaupun saya dan dia agak sibuk dengan kerja masing-masing dan dia orang biasa sahaja.

“Kita nak kenal seseorang itu bukan hanya satu hari, lagi-lagi kahwin ni bukan malam tu atau esok sahaja, seronok biar sampai akhir hayat.

“Sampai dia boleh jaga kita dan bukan berkahwin sebab harta,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu Wak turut mendedahkan punca dia berpisah dengan bekas kekasihnya sebelum ini.

“Bekas teman wanita saya tak mahu duduk dengan mak saya.

“Saya jaga mak saya kalau saya tinggalkan dia seorang macam mana dia dah berusia sekarang,” ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi