suria

Air zam zam penawar vokal Marsha, giat buat senaman yoga tingkat stamina selepas dijangkiti Covid-19

PENYANYI Marsha Milan berkongsi amalan minum air zam-zam adalah salah satu cara dia menjaga suara apatah lagi bakal berentap menerusi Anugerah Juara Lagu ke-37 (AJL37) yang bakal berlangsung pada 12 Februari ini.

Marsha atau Marsha Milan Londoh, 38, berkata, dia sudah mengamalkan minum air berkenaan sejak tahun lalu dan air berkenaan serasi dengan dirinya yang bukan sahaja dapat menjaga suara tetapi kesihatan secara keseluruhan.

"Seperti tahun lepas, saya minum air zam zam kerana saya rasa tak sihat.

"Tahun ini pula, saya tidaklah kerap minum air zam zam tetapi ia antara amalam saya menjaga vokal. Saya tidak seperti orang lain yang minum air lemon madu panas atau air asam jawa.

"Ia tak berkesan untuk saya malah saya akan lebih sakit kalau mengamalkan minuman berkenaan tetapi dengan air zam zam saya serasi," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Marsha berkata, sebagai persiapan AJL37, dia juga mengamalkan senaman yoga bagi meningkatkan stamina apatah lagi tahun lalu dia pernah dijangkiti Covid-19.

Marsha bakal mempertaruhkan lagunya, Kembali Terang pada pertandingan berprestij tersebut.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi