MALAM kemuncak Anugerah Juara Lagu (AJL) sering menjadi tumpuan setiap tahun.
Untuk edisi ke-37, AJL menampilkan tema Dimensi Muzik yang memperlihatkan artis yang berjalan ke acara karpet merah bergaya sakan mengikut tema.
Pelakon dan pengacara Janna Nick mencuri perhatian apabila tampil dengan busan ala ratu cantik yang bergemerlapan dengan potongan ringkas.
Turut menarik perhatian adalah Naim Daniel dan Sissy Imann yang tampil pakaian serba putih.
Nabila Razali juga turut mencuri perhatian dengan kurung moden tapi sarat dengan aksesori yang beratnya mencecah 20 kilogram1
Jom tonton gaya selebriti di AJL37.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube