suria

Azan Scan kecewa artis veteran terima bayaran rendah, dilayan macam anak tiri… Siap kena sindir ‘abang tak ingat kubur ke?’

PENYANYI Azan Scan kecewa dengan lambakan konsert penyanyi luar negara yang mengundang pelbagai kesan terhadap artis tempatan.

Kata Azan atau Noorhazan Rashid, 51, apabila terlalu banyak konsert artis luar negara, ia secara tidak langsung memberi gambaran artis tanah air sudah hilang nilai.

“Peminat pun ada yang tunggu konsert dari artis-artis Malaysia tapi bila artis luar macam Korea masuk semua macam kena histeria.

“Memang bagus bila artis luar masuk kita dapat tambah ilmu muzik daripada segi keterampilan tapi kenapa nak diangkat sangat orang luar.

“Kenapa tidak angkat artis sendiri, maksudnya artis-artis Malaysia ini macam sudah tiada nilai,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu Azan sempat mengulas isu bayaran rendah yang diterima oleh artis veteran.

“Kadang-kadang rasa marah juga kenapa ambil tawaran kerja dengan harga rendah sebab itu dah kacau pasaran.

“Tapi itu mereka punya rezeki sebab kalau tiada pun susah juga walaupun kena ambil harga yang tak setimpal tetapi perlu ambil untuk teruskan kehidupan,” ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi