suria

Aliff Aziz kecil hati digelar penunggang agama, hari-hari doa minta kuat berdepan ujian… “Kalau salah tegur cara berhemah”

PENYANYI Aliff Aziz meluahkan rasa terkilan apabila ada segelintir netizen memberikan kecaman terhadap dirinya ekoran terpalit kontroversi sebelum ini.

Aliff atau nama sebenarnya Mohammad Aliff Aziz, 32, meminta netizen agar menghentikan kecaman itu, sebaliknya memberikan sokongan serta mendoakan untuk dia kekal istiqamah dalam penghijrahannya.

“Yang paling saya rasa terkejut dan terkilan apabila saya sudah berhijrah tetapi terpalit isu kontroversi sebelum ini, ada pula kata seperti penunggang agama dan yang berkata (negatif) itu adalah kaum berbangsa Melayu.

“Jangan patah semangat dengan memberikan tomahan kepada individu yang ingin berubah, walaupun saya pernah membuat silap tapi tidak salah untuk saya sebarkan kebaikan kerana tidak mahu yang lain ikut sama seperti saya dahulu.

“Kalau boleh saya harapkan agar semua terus mendoakan kebaikan saya kerana saya bukan wali Allah yang tak pernah melakukan dosa, kadang-kadang tersadung (jatuh) tapi cuba untuk bangkit semula,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi