suria

Hanya tumpang ‘aura’ juara, Amir Raja Lawak tak menyendeng populariti Mamat Sepah

PELAWAK Amir Raja Lawak menyangkal dakwaan menumpang populariti Mamat Sepah sejak mereka menjuarai program Alumni Raja Lawak terbitan Awesome TV tahun lalu.

Amir atau Mohammad Amirullah Azmi, 34, bagaimanapun mengakui menumpang aura 'juara' Mamat ketika menyertai pertandingan itu yang sejak itu rezekinya dalam bidang komedi dan lakonan kembali rancak.

"Saya rasa tiada isu menumpang populariti sebab kami berdua ini orang memang sudah kenal dan tahu bagaimana karakter saya macam mana... lagipun kami datang menerusi program sama dulu, jadi memang sudah saling kena.

"Alhamdulillah kemenangan itu rezeki dan saya sebenarnya ibarat menumpang aura juara Mamat ketika bertanding menerusi Alumni Raja Lawak sebelum ini.

"Sejak itu kami ada juga mendapat tawaran berlakon dan mengacara bersama," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Amir berkata, dia kini sedang sibuk di lokasi penggambaran drama berjudul Spoket terbitan Awesome TV bersama Mamat.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi