suria

Raysha Rizrose baru faham erti bahagia selepas kahwin, tak sabar nak dapat anak

PELAKON Raysha Rizrose memberitahu kehidupannya sudah banyak mengalami perubahan selepas mendirikan rumah tangga dengan pelumba kereta Formula 3 (F3) iaitu Nabil Al-Jefri pada 23 Februari lalu.

Raysha atau Farza Naquraisha Mohd Fariz, 27, bagaimanapun berkata, dia masih lagi dalam fasa cuba membiasakan diri dengan kehidupan sebagai seorang isteri malah masih banyak perkara perlu dipelajari tentang alam rumah tangga.

"Alhamdulillah saya masih membiasakan diri sebagai isteri, masih banyak tanggungjawab yang perlu saya belajar memandangkan masih baru berkahwin.

"Apatah lagi apabila ada pasangan di rumah, tapi saya syukur dengan kehidupan sekarang dan kadang-kadang saya terfikir adakah ini maksudnya bahagia," katanya.

Dalam pada itu, Raysha berkata, dia berharap dapat dikurniakan cahaya mata dalam masa terdekat namun meletakkan perkara itu kepada rezeki dari Allah.

"Tentang perancangan anak, saya memang tak sabar nak ada cahaya mata tapi buat masa sekarang kami tiada perancangan sekiranya ada rezeki saya terima," ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi