suria

Dah bayar mahal tapi hasil tak memuaskan… Amar Baharin malas panjang cerita, upah kontraktor baharu ubah suai rumah

PELAKON Amar Baharin meluahkan rasa kecewa apabila kontraktor yang diupah menyiapkan projek ubah suai kediaman mentuanya tidak menjalankan tugas seperti dijanjikan.

Amar atau nama sebenarnya Amar Mohd Baharin, 38, mendedahkan dia sudah membayar sebanyak RM240,000 kepada kontraktor berkenaan namun kualiti hasil kerja yang dilakukan tidak setimpal.

"Saya tidak pernah beri kenyataan dan tidak mahu campur tangan mengenai isu ini, tapi saya yang nasihatkan Amyra untuk hentikan projek ini, kerana makin lama makin banyak kena tipu daripada hasil-hasil kerja yang teruk itu.

"Saya turut nasihatkan dia supaya jangan buat apa-apa kenyataan yang boleh makan diri fasal perkara itu ada hitam putih, sekarang sudah dapat satu kontraktor baharu yang akan menyambung kerja, mungkin tak sempat siap pada Aidilfitri ini.

"Saya cakap yang baki bayaran terakhir jangan bayar. Kami tarik diri kerana saya tak boleh dan tak sanggup tengok hasilnya," kata Amar kepada mStar.

Terdahulu, Amyra meluahkan rasa kesal terhadap sebuah syarikat kontraktor gagal mengubah suai kediaman ibu bapanya sekitar Febuari lalu.

Amyra berasa tertipu kerana hasil kerjaya yang dilakukan tidak setimpal dengan bayaran RM240,000 selain terpaksa menunggu hampir setahun untuk disiapkan.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi