suria

Dikecam buat video parodi Puteri Sarah, TikToker Puspa terus DM tuan badan minta izin… “Dia kata jangan lebih-lebih”

GARA-GARA memuat naik video parodi aksi pelakon Puteri Sarah Liyana di mahkamah syariah baru-baru ini, personaliti media sosial dikenali sebagai Puspa Gomen dikecam di aplikasi TikTok.

Kata Puspa atau nama sebenar Raudzah Ismail, 40, selepas menerima kecaman itu, dia segera menghubungi Sarah bagi menjelaskan mengenai video tular berkenaan.

“Saya dapat info dari kawan-kawan kata video parodi saya tu dah viral sampai ramai netizen kecam sampai nak saman menyaman.

“Selepas saya memuat naik video tu saya ada DM Puteri Sarah tanya mengenai video tersebut tanda sokongan terhadapnya dan dia kata okay.

“Saya pun berasa lega dan saya tak bermaksud apa-apa cuma untuk hiburan saja di TikTok,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi