suria

“Aku tak maafkan pemfitnah”… Raja Afiq bengang dituduh ambil dadah punca kurus, isteri tanggung hidup

GARA-GARA mengalami penurunan berat badan mendadak, pelakon Raja Afiq dituduh kononnya mengambil barang terlarang.

Raja Afiq atau Raja Muhammad Afiq Raja Razali, 29 menegaskan segala tuduhan itu merupakan satu fitnah dan akan mengambil tindakan terhadap individu yang menyebarkan berita tidak benar itu.

“Sebelum ini saya ada keluarkan cerita disihirkan jadi mungkin orang yang sama lakukan iaitu orang yang sihir itu, kami tak mahu tuduh sesiapa cuma boleh fikir logik akal sebenarnya.

“Hisap dadah apanya, saya ni hisap rokok pun tidak tau, saya cuma bersukan saja sekarang ni dan itu sebab turun berat badan mendadak, cerita saya atau kehidupan saya hanya isteri saja yang tahu.

“Kepada yang menuduh atau melemparkan segala tuduhan tersebut saya mahukan bukti sahih saya hisap dadah itu dan saya tak maafkan individu terbabit... jumpa la dekat akhirat nanti,” katanya kepada mStar.

Sebelum ini, mStar pernah menyiarkan kisah Raja Afiq mengalami gangguan sihir hingga mengakibatkan penurunan berat badan mendadak serta kurang menerima tawaran berlakon.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi