suria

Hisap rokok dalam lakonan pun kena hentam, Alif Satar minta peminat tenang

PELAKON dan penyanyi Alif Satar sedar ada segelintir peminat mempertikaikan dia melakukan babak dalam filem Pulau sambil menghisap rokok.

Alif atau Muhammad Alif Mohd Satar, 33, berkata, babak itu perlu dilakukan kerana ada mesej tertentu yang ingin disampaikan kepada penonton.

Sehubungan itu, Alif berharap peminat tidak cepat melatah dan menonton terlebih dahulu filem tersebut.

"Ada orang mempertikaikan kenapa hisap rokok sedangkan saya pernah masuk Ironman dan seorang yang mementingkan kesihatan.

"Apahal hisap rokok, Alif tak boleh hisap rokok! Tapi bila saya lihat balik karakter yang saya bawa, ada mesej kenapa jalan cerita macam itu," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Alif bukan sahaja berlakon dalam Pulau tetapi merupakan penyanyi runut bunyi filem tersebut apabila menyumbangkan lagu berjudul Kau Aku Satu.

Selain Alif, pelakon yang turut membintangi Pulau adalah Amelia Henderson, Ikmal Amry, Nam'ron, Ms Puiyi, Harris Annuar dan Sabronzo.

Pulau bakal menemui penonton di pawagam bermula 9 Mac ini.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi