suria

Model seksi Ms Puiyi dah jadi pelakon filem, suka cuba benda baharu… ”Dulu masa kecil cita-cita doktor”

BEKAS bintang aksi dewasa Ms Puiyi memberitahu dia pernah memasang impian untuk menjadi seorang doktor.

Kata Puiyi atau Siew Pui Yi, 25, sejak dari bangku sekolah lagi dia mahu menjadi seorang doktor namun terpaksa melupakan hasrat tersebut kerana berdepan masalah kewangan.

Tidak mahu perkara sama dilalui orang lain, Puiyi mengambil inisiatif melancarkan dana program biasiswa pendidikan sebanyak RM4.4 juta untuk membantu pelajar yang kurang bernasib baik.

“Dulu saya nak belajar jadi seorang doktor tapi tak dapat sebab masalah kewangan.

“Jadi perkara itu membuatkan saya sakit hati bertahun-tahun.

“Sekarang saya sudah mampu, jadi sebab itulah saya mulakan progam amal ini,” katanya kepada mStar.

Untuk rekod, Puiyi merupakan salah seorang pelakon dalam filem kontroversi Pulau yang turut dibintangi oleh Amelia Henderson, Alif Satar, Ikmal Amry, Namron, Sabronzo dan Harris Annuar

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi