suria

“Orang kenal saya sebagai ayam” - Adam Shahz jawab tuduhan ‘biawak hidup’ dalam live TikTok Fatin Afeefa

PELAKON Adam Shahz tidak terasa hati dengan tindakan suami Fatin Afeefa yang didakwa memerli dirinya sewaktu mereka berada di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam bagi menghadiri proses sulh pada 26 Januari lalu.

Adam atau Nor shah Azli Abdol Ghani, 42, berkata, dia menganggap apa dilakukan Aliff Awang itu semata-mata content dan tidak merasakan video berkenaan ditujukan kepada dirinya.

"Pada saya itu cuma content, mungkin secara tak sengaja saya ada dalam video itu.

"Mungkin dia gerakkan kamera itu ke arah saya tetapi saya tidak ada rasa apa-apa dan ia tidak menjejaskan emosi saya," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, menjawab dakwaan netizen yang memetik namanya sebagai 'biawak hidup' dimaksudkan Fatin dalam video siaran langsung TikTok miliknya baru-baru ini, Adam menyangkal perkar itu.

Secara sinikal Adam memberitahu dia lebih dikenali sebagai 'ayam' dan bukannya 'biawak' selain menjelaskan dia tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya sepanjang mereka berkahwin.

"Saya sering sertai bantuan kemanusiaan tanpa gaji mahupun imbuhan dan saya tak rasa saya ni seorang yang abaikan tanggungjawab.

"Mungkin ada pada individu lain yang dia maksudkan... orang lain kenal saya pun dengan ayam, ayam dengan biawak jauh," ujarnya.

Sebutan kes tuntutan anak Adam dan Fatin akan bersambung pada 28 Februari 2023 selepas mereka gagal mencapai kata sepakat semasa majlis sulh pada 26 Januari lalu.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi