suria

Orang Kedah memang sporting! Penyanyi popular meriahkan konsert ‘Jelajah Suria 2023’

STESEN radio Suria FM memulakan siri jelajah untuk tahun 2023 bermula di Johor pada 18 Februari lalu.

Untuk lokasi kedua bertempat di Aman Sentral, Alor Setar, Kedah pada Ahad lalu, Suria meneruskan Jelajah Suria Anggun Cotton Collection membawa barisan artis popular.

Antaranya Datuk Aishah, Nabila Razali, Aris Ariwatan, Ruffedge, Khai Bahar, Exists dan Kristal X.

Kali ini memang betul-betul meriah, orang Alor Setar pun sporting habis!

Pengunjung turut berpeluang bertemu dan beramah mesra bersama penyampai Suria iaitu Ajak, Shuib, Suraya, Cik Piah, DJ Lin, Sharifah Shahirah, Tyzo dan Anna J.

Siri jelajah akan diteruskan di dua lagi lokasi iaitu di Kuantan, Pahang pada 25 Februari ini dan terakhir di Lembah Klang pada 4 Mac depan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Jelajah Suria, Alor Setar,


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi