suria

“Kalau makanan sampai lambat pun saya marah” - Danial Zaini ikhlas mohon maaf, mahu tebus belanja makan tapi ditolak

PEMILIK Paku dan Pontianak iaitu pelawak Danial Zaini tampil memohon maaf secara terbuka berikutan insiden sekumpulan pelanggan yang meluahkan rasa tidak puas hati servis restoran berkenaan.

Danial atau Mohamad Danial Mohd Zaini, 30, berkata, sebagai pemilik dia mengambil semua tanggungjawab atas apa yang berlaku dan mengakui apa ditularkan oleh pelanggan berkenaan di Twitter adalah benar dan kesilapannya.

"Saya memahami emosi mereka, perasaan mereka. Makanan sampai lambat, kalau saya jadi mereka pun, saya akan marah.

"Saya mengambil tanggungjawab itu, saya memohon maaf kepada semua yang datang pada malam tersebut," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Danial berkata, insiden tersebut turut memberi persepsi buruk terhadap masyarakat yang belum pernah datang ke restorannya.

Tetapi katanya, dia mengambil kejadian berkenaan sebagai pengajaran dan akan memperbaiki semua kesilapan bagi memastikan ia tidak berulang pada masa hadapan.

"Rata-rata yang komen dan beri pendapat adalah mereka yang belum pernah menjejakkan kaki ke sini.

"Tetapi saya faham persepsi tersebut dan kami akan perbetulkan apa yang salah dan saya janjikan yang terbaik selepas ini," ujarnya.

Sebagai menghargai pelanggan, Danial memberitahu pihaknya akan memberikan 50 set Keli Fish dan Chip pada 17 dan 18 Februari kepada pelanggan dalam usaha mendapatkan kembali kepercayaan mereka.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi