suria

Terlebih ‘feel’ dalam nyanyian… Cikgu Shafi ulas persembahan Marsha, kebetulan intonasi suara nyaring seperti menjerit

SEBULAN menjadi guru vokal kepada penyanyi Marsha, Cikgu Shafi memuji persembahan dan nyanyian anak didiknya itu semasa malam kemuncak Anugerah Juara Lagu ke-37 (AJL37), baru-baru ini.

Kata Shafi atau Syafizawati Sharif, Marsha menyanyikan lagu Kembali Terang dalam nada yang tinggi dan terlebih memberikan ‘feeling’ pada malam itu.

"Fasal orang kata menjerit, saya nak beritahu nyanyian itu adalah frekuensi yang sangat tinggi.

"Kebetulan Marsha orang Sabah, cara bertutur, itonasi dan slangnya memang tinggi.

“"tu adalah perasaan dia dan dalam nyanyian perasaan itu paling penting dan saya rasa perasaan dia ketika itu agak terlebih sedikit," katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi