GURU vokal Syafizawati Sharif atau nama mesra dipanggil Cikgu Shafi memuji persembahan Naim Daniel menyanyikan lagu berjudul Mainan dalam posisi terbalik semasa malam kemuncak Anugerah Juara Lagu ke-37 (AJL37), Ahad lalu.
Kata Cikgu Shafi, Naim memiliki keberanian dan semangat yang tinggi kerana keupayaan untuk menyanyikan lagu dengan situasi demikian bukanlah perkara mudah.
“Naim suka cuba benda baharu untuk diri dia dan mungkin menyanyi terbalik sebegitu kerana dia sendiri yang mahu.
“Mungkin dari segi audio dia tak mahu buat banyak improvise, jadi dari segi visual dia beri seni yang berat kepada penonton.
“Jadi audio akan dengar tapi penonton tak berapa fokus sebab mata kita sedang susah hati kepada dia,” katanya kepada mstar.
TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI
Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!