suria

[V] ‘Nenek Bongkok Tiga’ bongkar kisah silam Meerqeen, sampai tak mandi dan biar wajah berjerawat

PELAKON Meerqeen mendedahkan mengalami masalah kemurungan ketika menjalani penggambaran drama bersiri terbaharu Viu Original berjudul Nenek Bongkok Tiga.

Meerqeen atau Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam, 22, berkata, watak sebagai Adi yang dipegang dalam siri berkenaan telah 'membongkar' kisah silamnya memandangkan pernah berdepan masalah sama sebelum ini.

"Sebenarnya watak Adi dalam Nenek Bongkok Tiga adalah diri saya sendiri. Saya boleh rasakan sepanjang menjayakan watak itu ia ada kena mengena dengan masa lalu saya.

"Seorang yang mengalami masalah kemurungan dan tidak gembira dengan hidup. Sejujurnya selama empat bulan penggambaran, saya sangat berbeza.

324073737_143554878189505_5873321572488361141_n

Meerqeen kongsi dirinya pernah berdepan dengan depressi.

"Masalah kemurungan datang semula semasa membawa watak Adi. Saya lebih gemar duduk seorang diri sepanjang empat bulan penggambaran, balik rumah depresi seperti terbawa-bawa sebab watak tersebut.

"Disebabkan itu, habis sahaja penggambaran, saya terus kembali simpan rambut dan mewarnakannya kerana saya tidak boleh tengok Adi dalam cermin," katanya.

Meerqeen berkongsi perkara itu ketika ditemui Tayangan Perdana Nenek Bongkok Tiga di ibu kota pada malam Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: Bangga masuk senarai 100 lelaki kacak dunia tapi Meerqeen tak mahu sekadar jual rupa

ARTIKEL BERKAITAN: Meerqeen dan Anna Jobling lolos senarai 100 artis kacak, jelita TC Candler 2022

Berkongsi kisah silamnya, Meerqeen berkata, ketika melanjutkan pelajaran di sebuah kolej dia pernah mengalami masalah sama dan disebabkan itu menganggap watak dipegang menggambarkan dirinya sendiri.

"Sejujurnya saya tidak pernah bertemu pakar namun saya pernah berdepan dengan perasaan itu, saya laluinya ketika zaman kolej.

"Mungkin ia berlaku disebabkan orang sekeliling dan tekanan sebab belajar," jelasnya.

Dah alang-alang watak Adi sebegitu rupa jadi saya buka sedikit saya punya masa lalu kerana sedikit sebanyak ada persamaan.

MEERQEEN

PELAKON

Pelakon yang terkenal dengan drama Melur Untuk Firdaus itu bagaimanapun berkata, dia bersyukur diberi peranan tersebut kerana ia sekali gus membuatkan dia terbuka berkongsi kisah lalu dengan peminat.

"Adalah satu rezeki saya dapat watak ini kerana saya boleh meluahkan apa terbuku di hati melalui Adi.

"Saya harap dengan watak tersebut, orang yang mengalami masalah kemurungan atau anxiety tidak mengikut apa yang dilalui Adi," jelasnya.

Sementara itu, Meerqeen turut mendedahkan dia sanggup tidak mandi dan membiarkan wajahnya ditumbuhi jerawat demi menjayakan berkenaan.

329299765_1470419753484028_5717088623379138160_n

Meerqeen sanggup tak mandi untuk Nenek Bongkok Tiga.

Tidak hanya itu, Meerqen memberitahu dia menurunkan berat badan sebanyak lima kilogram demi memastikan wataknya memberi impak.

"Daripada 70 kilogram saya turunkan berat badan lima kilogram, saya potong rambut, korbankan kulit semata-mata demi Adi.

"Saya juga mengikuti kelas lakonan demi memastikan saya dapat meresep 'roh' Adi dalam diri," ujarnya.

Diarahkan oleh Datuk Yusry Abdul Halim, Nenek Bongkok Tiga turut menampilkan barisan pelakon seperti Hun Haqeem, Sherie Merlis, Sara Ali, Syafie Naswip, Sara Mack Lubis, Fimie Don, Syazwan Zulkifly, Ashraf Muslim, Sofia Jane, Rykarl Iskandar, Esma Daniel dan Aida Aris.

Ia mula ditayangkan di platfrom penstriman Viu pada 9 Februari 2023.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain