suria

Isteri Syafiq Yusof selamat bersalin anak ketiga, syukur akhirnya dapat baby boy 

Syafiq Yusof syukur dapat timang anak lelaki pertama.

PENGARAH Syafiq Yusof meluahkan rasa syukur apabila isterinya, Aisyeah Zainal selamat melahirkan anak ketiga mereka di sebuah pusat perubatan di ibu negara pada Rabu.

Syafiq, 31, yang berkongsi perkara itu menerusi Instagram miliknya turut memaklumkan memilih nama Muhammad Nu'Aiman buat bayi lelaki tersebut.

Pengarah tersebut turut memuat naik foto wajah bayinya itu di laman sosial buat tatapan pengikutnya.

"Alhamdulillah, syukur Ya Allah. Anak ketiga, lelaki pertama. Muhamad Nu’Aiman bin Muhamad Syafiq," kongsinya.

329767244_872167694061797_371926452287250175_n

Syafiq kongsi wajah anak lelakinya.

Menjengah ke ruangan komen, ibu Syafiq iaitu Datin Patimah Ismail berkongsi rasa syukur atas kelahiran cucu kelapan.

"Syukur Alhamdulillah, cucu kelapan dalam keluarga Haslam," tulisnya.

Malah rata-rata warganet dan rakan artis mengucapkan tahniah kepada adik pengarah Syamsul Yusof itu.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Syafiq Yusof tak pernah jumpa Ira Kazar, yakin Syamsul mampu selesaikan kemelut rumah tangga

ARTIKEL BERKAITAN: Terlalu merendah diri... Yusof Haslam sentiasa bakar semangat Syafiq, ada 'golden touch' tersendiri

"Alhamdulillah, tahniah Fiq dan isteri.

"Comelnya baby, kecil-kecil dah hensem baby boy," antara komen netizen.

Untuk rekod, Syafiq yang juga anak kepada penerbit Datuk Yusof Haslam mendirikan rumah tangga dengan Aisyeah pada 5 April 2014 dan mereka turut dikurniakan dua anak perempuan iaitu Nuur Jannah, 7, dan Nuur Nusaybah, 5.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain