suria

[V] Aiman Tino nikah April, sudah sedia galas tanggungjawab sebagai suami 

PENYANYI dan pelakon Aiman Tino mengesahkan bakal melangsungkan pernikahan dengan wanita pilihannya iaitu Syarah Haifa pada April ini.

Aiman atau Muhammad Aiman Yusri, 25, berkata, dia dan Syarah memutuskan bernikah terlebih dahulu sebelum mengadakan kenduri kahwin sekitar Jun atau Ogos depan.

"Insya Allah pernikahan akan diadakan pada April nanti,. Kita buat yang wajib dahulu. Majlis resepsi pula sama ada pada Jun atau Ogos depan. Belum pasti lagi tarikhnya.

"Segala persiapan untuk majlis pernikahan pun sudah siap cuma tarikh belum ditetapkan lagi. Ada kemungkinan juga kami disatukan sebelum Ramadan," katanya kepada mStar.

AIMAN

Aiman mahu menyelesaikan perkara wajib terlebih dahulu.

Aiman ditemui ketika majlis tayangan filem lakonannya berjudul Irama Kita yang berlangsung di Golden Screen Cinemas (GSC) Starling Mall, Petaling Jaya pada Rabu.

Tambah Aiman lagi, mereka juga merancang untuk mengikat tali pertunangan sehari sebelum hari pernikahan mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Keluarga Aiman Tino hantar rombongan merisik, pertama kali ibu jumpa kekasih - “Cantik orangnya”

ARTIKEL BERKAITAN: “Ini hasil yang saya dapat?” - Setahun kerja ubah suai rumah ibu bapa terbengkalai, Amyra Rosli tanggung kerugian RM240,000

Dalam pada itu, Aiman berkata, dia dan Syarah, 24, bertemu sekitar 2019 selepas diperkenalkan oleh seorang sahabat.

Mula menjalankan perniagaan bersama sejak itu, hubungan mereka semakin rapat dan memasuki fasa serius pada tahun lalu.

"Mula kami kenal dan jalankan perniagaan bersama kemudian barulah saya dan Syarah rapat.

Ibu bapa saya kahwin ketika umur mereka 23 tahun. Jadi usia saya sekarang sesuailah untuk berkahwin.

AIMAN TINO

PENYANYI

"Apabila bertambah erat kami pun tertanya apa lagi yang dimahukan? Jadi tak salah rasanya untuk melangkah ke fasa perkahwinan.

“Masing-masing pun sudah ada kerjaya dan semoga ikatan perkahwinan ini akan membuatkan kami terus berjaya dalam perniagaan,” ujarnya.

Sementara itu, Aiman berkata, dia juga tidak merasakan dirinya terlalu muda untuk melangkah ke alam perkahwinan bersama wanita pilihannya itu.

SDFS

Keluarga Aiman menghantar rombongan merisik pada Januari lalu.

Malah katanya, dia sudah bersedia menggalas tanggungjawab sebagai seorang suami kepada Syarah.

"Ibu bapa saya kahwin ketika umur mereka 23 tahun. Jadi usia saya sekarang sesuailah untuk berkahwin.

"Insya Allah saya sedia untuk menggalas tanggungjawab sebagai suami. Usia pun bukan muda lagi," jelasnya.

Sebelum ini ibu kepada Aiman iaitu Hazelina Mat Jalil memberitahu keluarga mereka menghantar rombongan merisik ke rumah keluarga Syarah di Cheras, Kuala Lumpur pada 21 Januari lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain