DEMI minat mendalam terhadap dunia seni, pelakon Sharifah Husna sanggup meninggalkan bidang perubatan meskipun memiliki segulung ijazah untuk bergelar doktor. Kata Husna atau Sharifah Husna Syed Feizal, 30, hasrat menyambung pelajaran dalam bidang perubatan sebelum ini adalah atas permintaan kedua ibu bapanya. "Memang saya sudah lupakan terus ke arah itu (menjadi doktor). Belajar dalam bidang perubatan adalah permintaan ibu bapa dan saya telah tunaikan dengan tamat belajar. Husna berharap peminat tidak hanya melihat kehadiran dalam industri hanya sekadar jual rupa. "Berlakon pula adalah impian saya. Kita hidup hanya sekali dan kenapa perlu buat perkara yang tidak disukai. "Tidak kisahlah apa orang hendak cakap sekalipun, saya hanya mahu jadi diri sendiri dan kerja dalam bidang yang saya suka," katanya kepada mStar. ARTIKEL BERKAITAN: Halim Radzi sudah jadi suami Sharifah Husna, gementar sampai keluar air mata dinikahkan bapa mentua ARTIKEL BERKAITAN: [V] Dah temui pengganti tapi belum sedia kahwin, Siti Saleha bimbang ulang kesilapan lama Husna berjaya menamatkan pengajian dalam bidang tersebut tiga tahun lalu di Royal Collage of Surgeons Ireland (RCSI) Kuala Lumpur. Mula mengatur langkah dalam dunia seni menerusi satu pertandingan mencari bakat, nama Husna kini semakin mendapat perhatian dalam kalangan peminat. Buktinya, Husna berjaya tercalon dalam kategori Pelakon Wanita Telenovela Popular pada Anugerah Telenovela ke-8 baru-baru ini. Berlakon adalah impian saya. Kita hidup hanya sekali dan kenapa perlu buat perkara yang tidak disukai. SHARIFAH HUSNA PELAKON Memiliki wajah cantik dan berdarah campuran, Husna bagaimanapun tidak mahu perkara tersebut menjadi sandaran untuk dia kekal bertahan sebagai seorang pelakon. "Rupa paras itu adalah bonus. Apa yang penting dalam dunia lakonan adalah kejayaan menghidupkan sesuatu watak. "Saya tidak ambil jalan mudah untuk berjaya. Saya banyak menghadiri kelas lakonan termasuk bersama Nabila Huda dan Fauziah Nawi," ujarnya. Husna dan suami belum rancang untuk berbulan madu. Baharu sahaja mendirikan rumah tangga dengan pelakon Halim Radzi pada Oktober tahun lalu, Husna memberitahu mereka belum sempat untuk pergi berbulan madu disebabkan jadual kerja yang padat. Baginya komitmen terhadap kerja harus diberi keutamaan kerana dia sendiri memilih bidang ini dan tahu cabaran yang perlu dihadapi. "Dalam sibuk dengan majlis pernikahan dan resepsi sebelum ini pun saya masih sibuk di lokasi. "Sehingga kini belum sempat lagi nak honeymoon. Komitmen terhadap kerjaya harus saya utamakan dahulu," jelasnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube