suria

“Ini hasil yang saya dapat?” - Setahun kerja ubah suai rumah ibu bapa terbengkalai, Amyra Rosli tanggung kerugian RM240,000

Amyra mendedahkan ditipu kontraktor yang mengubah suai kediaman ibu bapanya.

PELAKON Amyra Rosli terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM240,000 apabila menjadi mangsa penipuan sebuah syarikat hiasan dalaman yang diberi tanggungjawab mengubah suai kediaman ibu bapanya.

Amyra berkata, meskipun telah membayar kos berkenaan namun dia kecewa apabila kerja-kerja pengubahsuaian terbengkalai meskipun sudah bersabar selama hampir setahun.

Apa lebih mengecewakan kata Amyra, kediaman ibu bapanya itu bukan sahaja tidak siap tetapi rumah tersebut juga mengalami kerosakan.

"Saya guna khidmat sebuah syarikat hiasan dalaman. Kononnya dapat memudahkan dan mencantikkan rumah ibu bapa saya.

Amyra Rosli 2

Amyra mendedahkan mengalami kerugian RM240,000.

"Selepas membuat bayaran sebanyak RM240,000 dan hampir setahun menunggu dan sabar dengan segala alasan daripada mereka, ini hasil yang saya dapat," katanya.

Amyra berkongsi mengenai perkara itu menerusi Instagram miliknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Sharifah Husna nekad tinggalkan bidang perubatan, kejar impian dunia seni - “Biarlah apa orang nak cakap”

ARTIKEL BERKAITAN: “Bukan tiga tapi talak satu” - Cat Farish kembali duda, konflik berpanjangan punca cerai

Menerusi video yang dimuat naik, Amyra menunjukkan keadaan di dalam rumah yang terbengkalai selain pelbagai barang milik kontraktor ditinggalkan berterabur di atas lantai.

Dalam pada itu, Amyra berkata, dia pernah mendengar kononnya syarikat berkenaan memang banyak mengambil projek-projek pengubahsuaian tetapi membiarkan ia terbengkalai.

"Astaghafirullahazim, berani betul korang aniaya orang dekat dunia ini. Tidak mengapa, kita serahkan semua pada Allah, itu yang terbaik saya rasa.

"Dunia ini pun dah tenat, tak lama dah pun korang boleh 'kencing' orang sana sini," katanya.

Sementara itu, Amyra berkata, dia berjanji akan menyelesaikan masalah berlaku bagi memastikan kediaman ibu bapanya itu siap sepenuhnya agar mereka boleh kembali tinggal di situ.

"Kepada mama dan ayah, kakak akan usahakan secepat mungkin untuk siapkan balik rumah mama dan ayah... kita sama-sama kuat dan sabar.

"Insya Allah, Allah mudahkan urusan kita," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain