suria

[V] Kota janji terhadap Almy Nadia nombor satu, bentuk badan bukan isu buat Fizz Fairuz

SEJAK kebelakangan ini, pelakon Datin Almy Nadia sering menjadi bahan ejekan dan kritikan netizen gara-gara peningkatan berat badannya yang mendadak sehingga ada memintanya menguruskan badan.

Suami Almy, Datuk Fizz Fairuz bagaimanapun tetap setia dan menerima seadanya keadaan fizikal isterinya malah pasangan itu dilihat semakin bahagia ditambah dengan kehadiran anak-anak di sisi.

Dipuji sebagai seorang suami budiman, Fizz atau Fairuz Zainal Abidin, 43, bagaimanapun berkata, dia tidak pernah memandang fizikal Almy sebagai perkara buruk sebaliknya dia tetap setia dengan janji pernah dikotakan kepada isteri ketika mereka berkahwin.

"Itulah lumrah hidup saya... Apa yang saya cakap itulah yang saya kotakan. Apa yang saya nak itu saya cuba sampaikan kepada orang luar. Benda itu lahir daripada kita sendiri. Apa kita mahu daripada keluarga dan rumah tangga kita," katanya kepada mStar.

Fizz Fairuz risau sekiranya Almy Nadia terlalu ikut perasaan nak kurus.

Dalam pada itu, Fizz mengakui, Almy ada meluahkan hasrat menurunkan berat badan namun dia bimbang sekiranya perkara itu akan menjadi beban kepada suri hatinya itu.

Pun begitu, Fizz tetap menyokong segala keputusan dibuat Almy selagi ia tidak mendatangkan kemudaratan.

"Kalau dia nak kurus untuk kesihatan saya okay, tapi kalau benda itu boleh memudaratkan saya syorkan baik jangan. Dia ada benda nak kena buat, dia ada benda nak kena tanggung.

ARTIKEL BERKAITAN: Almy Nadia jalani pembedahan buang cyst, doktor sahkan hamil luar rahim

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita ‘mulut celupar’ minta Almy Nadia berhenti makan... Anggap individu hina bentuk badannya kurang kasih sayang

"Saya sebenarnya kesian... takut dia terlalu ikut perasaan sebab nak kurus.

"Benda itu (kuruskan badan) bukannya benda mudah. Saya tak mahu dia terbeban. Kalau dia betul-betul nak buat, terpulang, saya cuma boleh sokong dan dorong dia sahaja," katanya.

Dalam pada itu, pelakon filem Munafik itu memberitahu Almy merancang untuk kembali mendapatkan bentuk badan ideal selepas anak bongsu mereka tidak lagi menyusu badan.

Insyaallah satu hari nanti korang akan lihat Almy Nadia yang 2015 atau 2016, korang tunggu.

DATUK FIZZ FAIRUZ

PELAKON

"Insya Allah satu hari nanti korang akan lihat Almy Nadia yang 2015 atau 2016, korang tunggu. Dia ada impian nak kuruskan badan cuma sekarang ini dia ada anak yang menyusu jadi dia kena makan untuk pastikan air susu mencukupi. Saya tak nak hadkan dia untuk putus susu ke apa.

"Bagi anak besar sikit selepas itu kalau dia nak kurus tiada masalah. Kita cuba kalau boleh turun.... kita turun kalau tidak maintain berapa yang boleh. Bentuk badan yang dulu pun dah okay," ujarnya lagi.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Fizz berharap agar isterinya terus kuat dengan pelbagai teguran dan sindirian mengenai bentuk badannya.

299880462_466133602033634_4934688262986028113_n

Fizz Fairuz harap Almy Nadia terima segala kecaman netizen.

"Mulut orang tak boleh nak tutup, kena kuat. Sebab kita adalah public figure kita kena terima kritikan apa sahaja. Jangan jadikan perkara itu satu halangan untuk pergi ke arah yang lain.

"Kena kuatlah, macam mana saya boleh kuat dia kena kuat," kongsinya.

Untuk rekod, Fizz dan Almy berkahwin pada 26 April 2014 dan dikurniakan empat cahaya mata perempuan iaitu Afrina Arianna, 6, Afrina Aurora, 5, Afrina Ayra, 4 dan Nur Afrina Aisyah, 2.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain