suria

Selepas empat tahun dapat Karl Mateen, Elvina Mohamad umum hamil anak kedua

Elvina kongsi gambar suami usap baby bump.

PELAKON Datin Elvina Mohamad berkongsi khabar gembira apabila dia kini sedang sarat hamil anak kedua.

Elvina, 28, yang sedang bercuti di Tokyo, Jepun membuat pengumuman itu dengan memberitahu anak sulungnya, Karl Marteen bakal bergelar seorang abang tidak lama lagi.

"Kami tak sabar nak jumpa ahli keluarga baharu tidak lama lagi! #babynumberTWO (bayi nombor dua).

"Karl akan menjadi seorang abang," katanya.

325583187_164498376316432_303788490179294405_n (1)

Elvina kini hamil anak kedua.

Elvina berkongsi perkara itu menerusi Instagram miliknya yang turut memaparkan suaminya Datuk Haniff Borhan memegang perutnya sambil bergambar di Disneyland Tokyo.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet dan juga rakan artis mengucapkan tahniah sekali gus turut gembira dengan khabar itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Tayang paha di KLFW2022, Elvina Mohamad mengaku silap pakai baju seksi... “Minta maaf, tidak semua orang boleh terima”

ARTIKEL BERKAITAN: Degupan jantung bayi terhenti, Elvina Mohamad alami keguguran pada usia kandungan cecah 3 bulan

"Alhamdulillah, comelnya. Tahniah Elvina dan suami.

"Karl akan jadi abang, tak sabarnya.

"Diam-diam nak tambah dua, pandai Elvina sorokkan," antara komen netizen.

Untuk rekod, Elvina dan Haniff berkahwin pada 18 Mac 2018 dan dikurniakan cahaya mata sulung, Karl Mateen yang kini berusia empat tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain