suria

Belum ada rezeki menang AJL, Khai Bahar tak putus asa… Rancang bawa kelainan tampil bersama band

EMPAT kali bertanding di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL), penyanyi Khai Bahar berkata dia tetap berpuas hati meskipun tidak membawa pulang trofi kemenangan untuk edisi ke-37 kali ini.

Khai atau Muhammad Khairul Baharuddin, 29, berkata dia sama sekali tidak berputus asa untuk mencuba lagi dan akan terus berusaha memberikan yang terbaik untuk peminat tercinta.

“Macam saya sendiri bukanlah seorang yang cepat mengalah.

“Apa yang saya nak buat saya akan buat dan kekuatan saya adalah penyokong dan peminat saya.

“Mereka sokong apa sahaja yang saya buat jadi saya akan fokus untuk mereka,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Khai juga tidak menolak untuk tampil bersama sebuah band di AJL bagi mencipta kelainan dalam lagu dan persembahannya.

“InsyaAllah, saya nak buat sesuatu yang lain serta luar daripada kebiasaan yang pernah saya buat sebelum ini.

“Mungkin itu akan berlaku, saya akan fikirkan nanti. Apa-apa pun saya takkan berputus asa,” ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi