suria

[V] Dah temui pengganti tapi belum sedia kahwin, Siti Saleha bimbang ulang kesilapan lama

TIDAK mahu mengulangi kesilapan lalu, pelakon Siti Saleha memberitahu enggan terburu-buru dalam soal merancang kembali berumah tangga.

Kata Saleha atau Siti Saleha Mohd Baharum, 33, dia masih lagi dalam proses berkenalan dengan kekasih hati yang dikenali sebagai Joshua.

"Kami masih lagi dalam proses perkenalan. Takut nak cakap soal kahwin atau tidak. Bagilah masa dahulu.

"Kami pun tidak pernah bincang soal masa depan (berkahwin). Saya tidak mahu terlalu cepat dan ulang kesilapan lama. Kita belajar dari kesilapan," katanya kepada mStar.

saleha1 - 1

Saleha tidak mahu terburu-buru untuk mendirikan rumah tangga.

Saleha ditemui selepas majlis Anugerah Telenovela kelapan yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur pada malam Sabtu.

Mula rapat dengan lelaki itu sejak pertemgahan tahun lalu, kata Saleha Joshua seorang yang sentiasa menyokong kerjayanya dan tidak bermasalah untuk sama terkena tempias populariti.

ARTIKEL BERKAITAN: Ben Amir dan Siti Saleha ungguli Anugerah Telenovela ke-8, turut bawa pulang trofi 'Bintang dan Ratu Telenovela'

ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi foto mesra bersama jejaka tinggi lampai dan berjambang... Inikah teman lelaki berdarah kacukan Siti Saleha?

Tambah Saleha kegagalan dalam rumah tangga sebelum ini bukan alasan untuk menutup pintu hati menerima kehadiran teman baharu.

"Hidup kenalah move on. Sampai bila nak begitu lepas gagal dalam hubungan sebelum ini. Saya juga perlukan seorang teman.

"Dia seorang yang menyokong malah menonton drama lakonan saya sebelum ini. Dia juga pernah bersama dalam acara bertemu peminat tahun lalu.

Kami masih lagi dalam proses perkenalan. Takut nak cakap soal perancangan berkahwin atau tidak. Bagilah masa dahulu.

SITI SALEHA

PELAKON

"Saya pun tiada masalah untuk bawa dia ke majlis supaya tahu kehidupan sebagai seorang selebriti. Secara perlahan-lahan dia mula faham. Bagaimanapun saya tidaklah terlalu bercakap tentang hubungan kami," ujarnya.

Saleha sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Ahmad Lutfi Azhar pada 2017 dan bercerai pada Januari tahun ini.

Sementara itu pada acara yang berlangsung itu, Saleha menerima anugerah Ratu Telenovela selain Pelakon Wanita Telenovela Popular 2020.

saleha2 - 1

Saleha terima anugerah Pelakon Wanita Telenovela Popular 2020.

Kejayaan tersebut diperoleh hasil dari lakonannya dalam drama 7 Hari Mencintaiku 2 yang pernah menjadi fenomena sebelum ini.

"Alhamdulillah... syukur dengan anugerah ini. Tak sangka drama itu terus diminati ramai sejak musim pertama lagi. Ia masih mendapat sambutan hangat apabila masuk musim kedua.

"Saya anggap ini satu kemenangan besar untuk drama dan kerjaya tahun 2020 ketika ia ditayangkan," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain