suria

Pencapaian tiada ganti tanpa kehadiran bonda tercinta, Aleeya Zailan sebak ramai ‘ibu’ doakan kejayaan

Aleeya sentiasa teringatkan Allahyarham ibunya apabila bertemu pelanggan setianya.

USAHAWAN kosmetik Aleeya Zailan menganggap pemergian Allahyarham ibunya iaitu Salmah Hussain pada 2018 seolah-olah digantikan dengan kejayaan perniagaan yang dikecapinya sekarang.

Aleeya, 34, bagaimanapun berkata, di sebalik kejayaan tersebut, usahawan itu tidak menafikan terdetik rasa sebak tatkala mengingati arwah ibunya yang tidak mampu digantikan dengan apa pun.

Kata Aleeya, kehadiran pelanggan yang datang daripada pelbagai lingkungan usia membuatkan dia sering teringat akan arwah ibu apatah lagi menerima doa-doa dititipkan daripada mereka.

Aleeya teringatkan arwah ibu.

Aleeya menyantuni pelanggan.

"Selain kewangan yang semakin kukuh, menerusi bisnes ini juga Allah telah hadirkan bukan seorang tetapi ribuan pelanggan yang saling tak tumpah seperti arwah ibu.

"Bayangkan saya selalu menerima nasihat daripada ibu-ibu yang kebanyakannya adalah pengikut setia di laman sosial. Mereka tak pernah jemu memberikan sokongan," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Dugaan di Tanah Suci, bapa mentua influencer Aleeya Zailan meninggal dunia... sempat video call sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir

ARTIKEL BERKAITAN: Banyak dapat 'gift' di TikTok, influencer Aleeya Zailan panjangkan sedekah pengikut kepada golongan memerlukan

Aleeya berkongsi perkara itu ketika merasmikan majlis pembukaan butik pertama Avenys di pusat beli-belah Alpha Angle Wangsa Maju pada Ahad.

Selaku pengasas kepada jenama produk kecantikan, Aleeya meluahkan perasaannya bercampur-baur sebaik melihat stor fizikal Avenys yang diidam-idamkan selama ini betul-betul wujud di depan mata.

aleeya2 - 1

Aleeya bersama suami, Azri Aziz.

"Ramai sedia maklum, bisnes Avenys bermula di era pandemik dan segala urus niaga diusahakan secara atas talian menerusi platform maya kerana kekangan yang ada pada waktu itu.

"Sebab itu apabila hari ini saya lihat sendiri depan mata butik yang selama ini hanya berlegar-legar di fikiran tanpa boleh menyentuhnya, bagaikan tidak percaya.

"Akhirnya penat lelah kami keluarga Avenys memerah kudrat kira-kira setahun lebih akhirnya membuahkan hasil," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain