suria

AC Mizal bangga semakin ramai usahawan Melayu berjaya, ilmu penting bukan main ‘langgar’

AC bersama isteri dan pengasas Sellection, Nor Rafidah Khairuddin.

PENGACARA dan pelakon Datuk AC Mizal bangga melihat semakin ramai usahawan Melayu bumiputera yang bersemangat dan bersungguh-sungguh meluaskan empayar perniagaan.

AC atau Mizal Zaini, 52, berpendapat kejayaan itu bukan datang dengan mudah sebaliknya bersandarkan kepada harapan yang akan membantu seseorang mencapai objektif ditetapkan.

"Kita bangun tidur dengan harapan esok lebih sihat, berjaya, kaya dan sebagainya. Kita juga sering berharap boleh beli sesuatu tapi dengan syarat kena kerja keras.

"Apabila tiada harapan dan selesa duduk rumah, ia tak membawa apa-apa makna. Macam sekarang ini, selepas tengok harga beg berharga RM900 contohnya, kita sasar nak beli.

AC3

AC gembira melihat semakin ramai usahawan Melayu berjaya.

"Nak beli mungkin tidak hari ini, tapi waktu mendatang dan perlu kumpul duit. Semua manusia hidup dengan harapan. Sesekali 'reward' diri sendiri dan sentiasa positif dalam hidup. Ilmu juga kena ada, jangan main langgar saja," katanya.

Menjadikan usahawan jenama Sellection, Nor Rafidah Khairuddin sebagai contoh, AC turut memuji semangat dan kesungguhan usahawan berkenaan dalam meluaskan perniagaan sehingga berjaya membuka sebuah butik tiga lot yang menjual pelbagai barangan berjenama.

ARTIKEL BERKAITAN: AC Mizal benci sikap jatuhkan maruah orang untuk hiburan - “Nasib baik bukan saya yang kena”

ARTIKEL BERKAITAN: AC Mizal buka stesen TV nak bantu ramai usahawan tempatan, tawar hadiah Ferrari atau wang tunai RM1 juta untuk pelanggan SUKE SHOP

Kata AC, bukan mudah untuk melihat usahawan wanita berjaya seperti Rafidah malah bangga melihat perkembangannya dalam perniagaan yang sebelum ini hanya beroperasi di sebuah premis kecil.

"Dua tahun lalu saya jumpa dia di butik kecilnya... tetapi sekarang premsnya semakin besar dan luas. Siap bawa pelbagai jenama mewah.

"Butiknya ini turut mengingatkan saya terhadap sebuah kedai di Jepun. Memang sebiji malah harga ditawarkan lebih murah berbanding di luar," kata bekas anggota kumpulan 4U2C itu.

Rafidah

Rafidah dihadapan butiknya.

Sementara itu, Rafidah yang bermula dari personal shopper dan memiliki butik sendiri di Wangsa Melawati bersyukur kini empayar perniagaannya naik taraf dan perpindahan itu bukti kesungguhannya sejak menceburi dalam bidang perniagaan pada 2014.

Wanita berjiwa besar itu berkata, sejak hujung tahun lalu mereka sudah berpindah lokasi butik fizikalnya dengan saiz tiga kali ganda besar daripada yang lama.

“Paling penting, jenama saya ini melebarkan pengaruh bukan dalam masa singkat. Ia sebuah perjalanan panjang yang menuntut kesungguhan, minat, keazaman dan komitmen tinggi diiringi dengan sepenuh jiwa. Cabaran datang tetap dilalui, namun lebih terkawal,” katanya.

Rafidah menambah misinya untuk membolehkan semua golongan wanita dan lelaki tanpa mengira status memiliki barangan berjenama dari Amerika Syarikat seperti Coach, Michael Kors, Kate Spade dan Fossil juga sudah menjadi kenyataan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain