suria

Bella Astillah ‘move on’, padam paparan skrin mesej Sophia Albarakbah di Instagram

Bella mahu meneruskan karier nyanyian selepas ini.

PENYANYI Bella Astillah tidak berhasrat memanjangkan lagi kontroversi yang melanda rumah tangga bersama pelakon Aliff Aziz apabila mengambil tindakan memadam perbualan bersama aktres Sophia Albarakbah di Instagram miliknya.

Bella atau Dayang Nabellah Awang Astillah, 28, berkata, sudah cukup ramai melihat perbualan tersebut selain dia dan Aliff juga tampil menjelaskan mengenai insiden berkenaan sebelum ini.

"Saya rasa semua orang pun dah tengok hantaran yang saya muat naik itu. Jadi, saya rasa cukuplah Aliff pun sudah berikan kenyataan. Saya tidak mahu lagi bercakap tentang soal itu," katanya kepada mStar.

belle1 - 1

Bella mahu fokus dalam bidang nyanyian.

Bella berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui pada sidang media program Famili Duo Akhir yang diadakan di Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada malam Ahad.

Dalam pada itu, Bella memberitahu selepas ini dia ingin memberi tumpuan kepada bidang nyanyian namun terlebih dahulu mahu meraikan kemenangan bersama keluarga tercinta.

ARTIKEL BERKAITAN: "Tolong biarkan isu ini berlalu" - Bella Astillah dedah mesej dipercayai Sophia Albarakbah, merayu jangan libatkan satu Malaysia

ARTIKEL BERKAITAN: [V] "Bella tak melenting kalau tak betul" - Aliff Aziz minta Sophia Albarakbah muncul beri penjelasan, akur pemintaan isteri untuk dapat balik kepercayaan

"Saya mahu raikan bersama Wanie atas kejayaan kami mendapat tempat ketiga dalam program Famili Duo. Selepas ini, saya hanya mahu memberikan tumpuan dalam bidang muzik.

"Famili Duo banyak memberi pengalaman baharu sekali gus dapat menonjolkan kemampuan saya sebagai penyanyi," ujarnya.

Saya rasa cukuplah Aliff pun sudah berikan kenyataan. Saya tidak mahu lagi bercakap tentang soal itu.

BELLA ASTILLAH

PENYANYI

Sementara itu, Wanie yang merupakan sepupu Bella berkata, dia mempunyai cara tersendiri untuk memastikan Bella sentiasa fokus dengan persembahan mereka meskipun berdepan tekanan ekoran kontroversi melanda.

Kata Wanie, dia tidak mahu mencampuri urusan peribadi penyanyi itu namun mengalihkan pemikiran Bella daripada memikirkan hal tidak sepatutnya.

Bella tidak mahu mengheret kontroversi rumah tangga.

Bella dan Wanie raih tempat ketiga dalam pentas akhir Famili Duo.

"Biasanya saya akan cuba menyibukkan kak Bella dengan aktiviti latihan, tengok video ke. Itu cara saya kerana saya tidak mahu mencampuri urusan peribadinya.

"Impaknya mungkin saya lebih prihatin kepada emosi kak Bella. Saya tahu dia seorang yang profesional dan kuat. Saya hanya boleh beri dia semangat untuk kembali fokus dalam pentas akhir ini," jelasnya.

Terdahulu, Bella mendakwa Sophia berulang kali menghantar mesej dan membuat panggilan kepada suaminya malah aktres berkenaan mengakui menyukai Aliff.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain