SELEPAS lebih sebulan mengumumkan kembali solo, pelakon Riena Diana mengakui hubungannya dengan bekas teman lelaki dikenali sebagai Nik Afiq kembali bertaut. Enggan meletakkan sebarang status dalam hubungan mereka, Riena atau Nur Qamarina Diana Zulreal, 26, sebaliknya menjelaskan mereka sedang dalam proses memperbaiki kesilapan masing-masing dan berserah kepada jodoh jika akan terus kekal bersama. "Dalam tempoh sebulan putus cinta sebelum ini, rasanya itulah paling lama kami tidak berhubung sejak kenal empat tahun lalu. Apabila kembali berjumpa, kami buat keputusan untuk sama-sama perbaiki hubungan dan diri masing-masing. Riena berkongsi video berada di sisi Afiq di laman sosial. "Kalau sudah sayang antara satu sama lain, kami yakin boleh lakukan perkara ini bersama. Saya pun tak mahu terburu-buru cakap kami kembali bercinta. Just go with the flow dan lihat apa yang akan berlaku nanti. "Saya pun sudah kenal rapat dengan keluarganya dan sering berjumpa untuk urusan tertentu. Sebelum ini pun kami tak bergaduh apabila mengambil keputusan berpisah. Jadi saya anggap ini adalah peluang kedua buat kami," katanya kepada mStar. Desas-desus mengenai hubungan pasangan berkenaan kembali menjadi tanda tanya apabila Riena memuat naik video di Tiktok yang turut menampilkan Afiq. ARTIKEL BERKAITAN: Impian kahwin tahun depan terkubur, percintaan 4 tahun Riena Diana dan teman lelaki berakhir perpisahan ARTIKEL BERKAITAN: [V] Kemain ‘belanja’ sekarang! Riena Diana kata dari dulu dah seksi cuma tak tayang, kalau sakit mata boleh unfollow Dalam pada itu, pelakon drama Kampung People ini memberitahu sepanjang tempoh berpisah, dia sukar menerima kehadiran lelaki lain meskipun sudah cuba berkenalan dengan lelaki lain. Tambah Riena, mereka kini mahu membina hubungan lebih matang selain meletakkan batas kerana mengakui sebelum ini bersikap obses terhadap pasangan. "Bila berjauhan dengan Afiq memang ada rasa nak kenal orang lain tetapi saya rasa lebih selesa dengannya. Saya tak mahu ulang kesilapan lama malah kami pun tak pernah bincang tentang kahwin selepas kembali berjumpa RIENA DIANA PELAKON "Sebelum ini kami terlalu attach antara satu sama lain sehingga lupa tentang diri sendiri. Daripada situ, hubungan kami jadi toksik. "Sebab itu kali ini kami mahu beri lebih ruang kepada diri masing-masing sebab bersikap obses hanya merosakkan hubungan kami," ujarnya. Disebabkan itu juga, Riena tidak mahu lagi bercakap soal perkahwinan seperti mana dicanangkan sebelum ini kerana enggan kesilapan sama berulang kembali. Riena enggan terlalu cepat buat keputusan untuk berkahwin. "Sebelum ini saya yakin beritahu nak kahwin tahun ini tapi disebabkan apa yang sudah terjadi, saya sudah tidak mahu sebut fasal itu. "Saya tak mahu ulang kesilapan lama malah kami pun tak pernah bincang tentang kahwin selepas kembali berjumpa," jelasnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube