suria

[V] ‘Hikayat Putera Shazlan’ buat peminat ingat Fimie Don, belum bosan bawa watak budak sekolah

PELAKON Fimie Don tidak pernah terasa hati apabila ada peminat masih mengaitkannya dengan Hikayat Putera Shazlan walaupun drama bersiri itu sudah tamat 13 tahun lalu.

Fimie atau Shafimie Saedon, 24, berkata, dia melihat ia sebagai satu rezeki buatnya apabila peminat masih mengingati lakonannya menerusi drama berkenaan kerana bukan mudah untuk meninggalkan kesan kepada penonton.

"Saya okay, saya tak kisah jika orang lebih kenal saya dengan karakter Putera Shazlan. Lebih baik saya ada satu karakter yang pernah menonjol berbanding banyak watak tapi orang lupa.

"Kalau ada cerita yang boleh menggantikan Putera Shazlan itu adalah rezeki buat saya," katanya kepada mStar.

327373753_580567153575620_8525633223412879215_n

Fimie tak kisah masih dikaitkan dengan Hikayat Putera Syazlan.

Fimie berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui di tayangan perdana siri Original Viu iaitu Nenek Bongkok Tiga yang diadakan baru-baru ini.

Dalam pada itu, Fimie berkata, meskipun mempunyai pengalaman berlakon selama 20 tahun namun merasakan masih banyak watak yang ingin dipegang selain sebagai pelajar sekolah.

ARTIKEL BERKAITAN: Fimie Don Pasrah Permintaan Pasaran

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Nenek Bongkok Tiga’ bongkar kisah silam Meerqeen, sampai tak mandi dan biar wajah berjerawat

Pun begitu kata Fimie, dia tidak mempunyai masalah apabila sering diberikan watak sebagai pelajar sekolah kerana pembinaan karakter sesuatu watak itu berbeza.

"Saya rasa peluang untuk saya rasa bosan dengan sesuatu watak itu apabila saya mula rasa malas untuk belajar tentang karakter peranan tersebut.

Kalau ada cerita yang boleh menggantikan Putera Shazlan itu adalah rezeki buat saya.

FIMIE DON

PELAKON

"Saya boleh bawa 12 watak budak sekolah yang berlainan dan sekiranya saya mula rasa bosan itu menunjukkan saya gagal. Setakat ini saya rasa masih di landasan betul," jelasnya.

Ditanya mengenai kejayaan yang diraih sepanjang bergelar pelakon, Fimie beranggapan perkara itu subjektif dan setiap orang mempunyai pengertian berbeza tentang perkara tersebut.

Bagi dirinya sendiri, dia bersyukur dengan apa dimiliki ketika ini namun paling penting kejayaan itu apabila dapat memberi impak kepada orang lain.

"Bagi saya berjaya dapat buat apa pengarah mahukan satu kejayaan. Dapat hulur kepada ibu wang saku pun kejayaan," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain