suria

Setahun pakai hijab, Watie Hanifiah masih banyak kekurangan... mata tetap pandang fesyen terkini - “Kadang kala iman naik turun”

Watie mengakui penghijrahan diri bukan sesuatu yang mudah.

SEJAK berkawan rapat dengan penyampai radio Suria FM iaitu Shuib, usahawan Watie Hanifiah mula mendapat perhatian netizen yang ingin mengetahui tentang dirinya.

Disebabkan itu juga ramai mula menyelongkar kisah silam Watie yang dikatakan sebelum ini tidak memakai tudung.

Berkongsi penghijrahan diri, Watie berkata, dia baharu setahun memakai hijab dan tanpa berselindung mengakui sukar istiqamah lebih-lebih lagi dengan pilihan pakaian yang pelbagai di pasaran.

"Alhamdulillah genap setahun berhijab walau kadang kala iman naik turun, bila pergi beli-belah baju, mata ini asyik pandang fesyen yang dah tak boleh dipakai," katanya.

watie1 - 1

Watie masih belajar untuk istiqamah.

Watie berkongsi mengenai perkara itu menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya.

Dalam pada itu, Watie mengakui dia masih banyak kekurangan yang perlu diperbaiki namun percaya setiap usaha kecil dilakukan pasti akan menjadikan dia seorang insan lebih baik.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] "Kalau sorok-sorok orang marah" - Kehadiran Watie takdir ditentukan, Shuib rancang bawa hubungan ke fasa seterusnya

ARTIKEL BERKAITAN: Berat badan Watie naik 10 kg, peminat kata 'itu tanda sedang bahagia'... Minta cepat-cepat kahwin Shuib

"Sedar maih banyak kekurangan diri. Sedar masih banyak yang perlu diperbaiki. Sedar masih banyak yang perlu ditutupi.

"Tetapi langkah kecil yang saya buat lebih baik, daripada saya tidak melakukan sebarang perubahan. Walaupun perlahan-lahan berubah, Insya Allah satu hari nanti saya boleh jadi lebih baik. Doakan saya," katanya.

watie2 - 1

Watie sudah setahun berhijrah untuk berhijab.

Sebelum ini, Shuib ketika ditemui mStar pernah berkongsi perasaannya apabila diberi kecaman kerana berkawan dengan Watie.

Kata Shuib, penampilan Watie mungkin membuatkan netizen tidak senang dengan hubungan mereka, namun penyampai radio itu memberitahu Watie sedang berusaha untuk berubah menjadi lebih baik.

"Kadang-kadang saya terasa hati dengan netizen. Yang berkawan dengan dia tu saya. Saya pelik orang membuat penilaian mungkin daripada kisahnya yang lepas. Tapi siapa kita untuk menilai orang?

"Mungkin ramai yang tidak perasan dia sudah mula bertudung dari 8 Februari 2022. Bukan satu benda yang saya nak ke depankan sangat. Dia yang nak berubah, cuba menutupi aurat," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain