suria

“Saya tidak pernah meminta itu dan ini tetapi MasyaAllah...” - Neelofa terima hadiah gelang tangan, tersentuh sikap suami bahagiakan isteri

Neelofa terharu dapat gelang tangan sepadan dengan cincin perkahwinan.

PENGACARA dan usahawan Neelofa meluahkan rasa syukur dan terharu apabila menerima seutas gelang tangan daripada suami iaitu Haris Ismail bersempena ulang tahun kelahirannya yang ke-34 pada Jumaat.

Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor berkata, bukan hadiah yang mengagumkan dirinya tetapi tersentuh dengan sikap Haris yang cuba membahagiakan seorang isteri meskipun dia tidak pernah meminta sebarang kejutan atau pun hadiah.

"Saya tidak pernah meminta itu dan ini tetapi Masya Allah, selalu cuba untuk membahagiakan isterinya.

Neelofa terharu dapat gelang tangan sepadan dengan cincin perkahwinan.

Neelofa terharu dapat gelang dari Haris.

"Istimewa hari lahir, dihadiahkan gelang tangan yang sepadan dengan cincin kahwin, terima kasih suamiku," katanya.

Neelofa berkongsi perkara itu menerusi Instagram miliknya dan turut memuat naik gambar rantai tangan yang diterima daripada Haris.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Baby bump’ jelas kelihatan, peminat doa Neelofa dapat anak perempuan - “Semua ibu mengandung auto usap perut”

ARTIKEL BERKAITAN: Neelofa kongsi perkembangan Bilal, peminat ‘geram’ tengok semakin aktif... “Sekejap je dah pandai jalan”

Pengacara itu turut memuji sikap Haris yang sentiasa memberi bimbingan dan kasih saya terhadap dirinya sejak hari pertama mereka bergelar suami isteri.

"Buat suamiku atas segala bimbingan, kasih sayang dan prihatin dalam setiap hal.

"Tiada satu pun tentang tanggungjawab yang boleh dipersoal kerana insan ini daripada hari pertama perkahwinan sehingga sekarang penuhi segalanya dengan baik atas izin Allah," luahnya.

324840588_922016168791299_2940742944957461221_n

Neelofa berdua bersama Harris.

Dalam pada itu, Neelofa turut berharap rumah tangga yang dibina itu sentiasa berada di bawah lindungan Allah SWT.

"Semoga Allah SWT sentiasa kurniakan ketenangan, kebahagiaan, kesejahteraan dalam keluarga kita," ujarnya.

Untuk rekod, Neelofa dan Haris atau Muhammad Haris Mohd Ismail mendirikan rumah tangga pada Mac 2021 dan pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Muhammad Bilal yang berusia setahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain