suria

“Nak hina berbakul-bakul silakan” - Bertudung ke majlis previu Ramadan, Fasha Sandha dipanggil hipokrit

Fasha minta netizen jangan sentuh perihal periuk nasinya.

PELAKON Fasha Sandha kesal apabila terdapat segelintir netizen menuduh dia seorang hipokrit hanya kerana memakai tudung sewaktu menghadiri sebuah majlis previu Ramadan pada malam Rabu.

Fasha atau Nur Fasha Sandha Hassan, 39, berkata, sebagai seorang selebriti yang sudah lama berkecimpung dalam bidang seni, dia berlapang dada dengan kecaman namun berasa sedih apabila ada menyentuh perihal periuk nasinya sebagai seorang pelakon.

"Hari ini rasa nak tulis bila terbaca komen 'hipokrit' dan 'nama pun pelakon' selepas hantaran saya mengenakan hijab ke majlis previu berbuka puasa semalam.

"Pertama sekali, terima kasih pengikut kesayangan, keluarga teman media, peminat, sahabat yang berfikiran positif dan mendoakan yang baik-baik dan tidak pernah menilai saya.

321562980_1191151261609522_7373619747784947677_n

Fasha kesal dengan tuduhan netizen.

"Untuk yang menghina pun, saya ucapkan terima kasih, nak hina berbakul-bakul silakan, cuma jangan libatkan kerjaya saya sebab saya pun mencari rezeki seperti kalian," katanya.

Fasha meluahkan kekesalan itu menerusi Instagram miliknya.

Fasha yang baharu sahaja pulang menunaikan umrah berkata, dia hanya seorang manusia biasa yang tidak pernah lari daripada melakukan kesilapan namun ia bukan alasan netizen menuduhnya sesuka hati.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Perut bulat disangka hamil, Fasha Sandha sedih jadi mangsa ‘body shaming’... Doa dikurniakan anak lelaki

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Cool’ jer Fasha Sandha jawab netizen kata lebih cantik masa dengan bekas suami...“Zaman 20-an tak sama dengan 30-an”

Tambah Fasha, kerjayanya sebagai seorang pelakon bukan alasan mereka boleh berkata sesuka hati mengenai dirinya.

"Ya, saya hanya insan yang tidak sempurna, banyak kekhilafan dan kekurangan. Ya, kerana saya tiada pangkat dan darjat, saya bukan level kayangan, jadi anda boleh menghukum saya kerana saya tidak berhijab?

"Kerjaya saya adalah pelakon dan duta produk, ia adalah kerjaya saya tapi bukan bererti saya milik masyarakat.

326281695_578112710425072_3435602942197886868_n

Fasha Sandha dan suami, Aidil Aziz.

"Jangan mudah melabel saya hipokrit hanya kerana saya berhijab ke majlis tertentu. Saya yakin ramai lagi wanita yang tidak bertudung melakukan perkara sama seperti saya. Cuma bukan bererti yang berhijab boleh menghina kami sebegitu," luahnya.

Pelakon drama Dendam Seorang Isteri itu juga memberitahu dia tidak perlu menjelaskan apa-apa kepada orang lain supaya diterima namun baginya orang sekelilingnya mengetahui apa yang dia lakukan.

"Saya tidak perlu jelaskan satu persatu kenapa, kenapa itu kenapa ini, sebab saya tidak perlu menjelaskan apa-apa melainkan kepada keluarga, orang sekeliling saya dan Allah.

"Akhir sekali, terima kasih kerana mendoakan yang baik-baik buat saya dan keluarga dan semoga yang baik-baik berbalik pada kalian juga,” tambahnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain