suria

Iman Troye pertama kali masuk AJL, finalis paling muda… Guru vokal puji tetap ‘excited’ walau gugup

MENGULAS mengenai persembahan Iman Troye di Anugerah Juara Lagu ke-37 (AJL 37), guru vokal Cikgu Shafi berkata anak didiknya itu nampak gugup semasa berada di atas pentas besar itu.

Kata Shafi atau Syafizawati Sharif, ketika dimaklumkan Iman menjadi finalis pertama membuat persembahan, dia sudah dapat mengagak penyanyi itu akan berdepan masalah gementar.

“Iman paling muda, kali pertama, persembahan pertama... apabila dengar dia nombor satu saya dah boleh agak gugup dia.

“Tetapi di usia yang muda mengharungi pentas yang besar, dia pastilah berdepan rasa takut, lebih-lebih lagi bersaing dengan orang lain yang juga hebat,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi