suria

“Tak perlu ada jawatan nak tolong orang” - Ramai puji TikToker Faiz Aizif beri sumbangan pada 4 anggota APM, tak lokek keluar duit sendiri

PERSONALITI media sosial iaitu Faiz Aizit mendapat pujian netizen apabila sejak kebelakangan ini cukup aktif memberi sumbangan dengan menggunakan wang sendiri tanpa bantuan mana-mana pihak.

Kata Faiz atau Muhammad Faiz Basirun, 21, setiap sumbangan yang diberikan adalah ikhlas dan bukan untuk mendapat sebarang pujian atau perhatian mana-mana pihak.

Malah kata anak kelahiran Langkawi, Kedah ini, dia tidak perlu menunggu untuk menyandang sebarang jawatan untuk membantu orang lain sebaliknya keikhlasan paling penting dalam melakukan usaha berkenaan.

"Pada saya tidak perlu tunggu mempunyai jawatan atau pangkat untuk membantu orang kerana cukup sekadar kita ada hati nak membantu orang lebih memerlukan," katanya kepada mStar.

Baru-baru ini Faiz mendapat perhatian apabila memuat naik sebuah video memperlihatkan dia memberi sumbangan kepada empat anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) di Langkawi yang akan menyertai latihan di Bangi, Selangor.

Video tersebut mendapat hampir 500,000 tontonan di TikTok dan rata-rata memuji keperibadiannya yang sebelum ini aktif memberi makan kepada anjing jalanan di pulau peranginan popular berkenaan.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi