suria

Aishah enjoy hidup ‘single’, tidak terfikir fasal teman hidup… Seronok shopping baju tak payah risau saiz

KEMBALI bergelar ibu tunggal sejak Disember 2021, penyanyi Datuk Aishah memberitahu dia kini gembira dengan kehidupannya tanpa pasangan.

Kata Aishah atau nama sebenar Wan Aishah Wan Ariffin, 58, dia memiliki banyak masa untuk dirinya sendiri memandangkan anak-anak sudah dewasa.

“Buat masa ini saya seronok dengan kehidupan solo, saya rasa macam dulu-dulu... anak saya pun sudah besar dan ada banyak masa untuk diri saya sendiri.

“Orang perempuan lain sikit, bila anak dah besar... buat apa saya nak fikir masak, baju dah basuh ke... jadi saya gembira dengan kehidupan sekarang,” katanya kepada mStar.

Dalam ada itu, Aishah turut berpuas hati dengan penampilan baharunya selepas melakukan pembedahan pintasan usus sekitar tahun 2018.

“Sekarang saya gila pergi beli baju sebab saya tidak percaya saya boleh beli baju tanpa risau dengan saiz.

“Kini saya lebih kecil berbanding zaman Fan Club,” katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Aishah, Datuk Aishah, Perkahwinan, Cinta,


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi