PENYANYI P. Radhi memberitahu sering menerima permintaan daripada pengikut TikTok yang mahu dia menyanyikan lagu secara langsung.
Kata Radhi atau Muhammad Radhi Abd Rahman, 31, dia pernah menerima permintaan menyanyikan lebih 40 buah lagu sehari tanpa henti.
“Satu hari kalau saya nyanyi boleh dikatakan lebih 40 buah lagu, kadang-kadang ada yang baru masuk minta lagu ni sampai ada yang merajuk kalau saya nak end live.
“Jadi saya pun layankan saja sebab yang minta tu pun orang yang menyokong kita jadi kita kena layanlah mereka.
“Saya selalu buat dalam pukul 10.30 malam kadang-kadang terlajak sampai pukul 2 pagi,” katanya kepada mStar.
TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI