suria

Pengikut IG naik mendadak tapi Mierul Aiman sedih ‘Projek High Council’ bocor… “Cara support tu salah”

PELAKON Mierul Aiman meluahkan rasa sedih apabila mengetahui drama bersiri lakonannya iaitu Projek High Council leaked atau bocor di saluran media sosial.

Kata Mierul atau Muhammad Amirul Aiman Norazman, 25, pelakon dan kru produksi berhempas pulas selama 55 hari penggambaran tetapi dihargai dengan cara yang salah.

“Rasa sedih sebab kita lalui proses itu dengan pengalaman selama 55 hari bersama semua krew produksi itu sememangnya penat, gembira dan sedih.

“Semua yang telah kami berikan dihargai dengan saluran yang salah... betul ramai sokong Projek High Council dan karya-karya Malaysia.

“Tetapi satu sahaja perkara yang tertinggal iaitu salah saluran untuk berikan sokongan itu,” katanya kepada mStar.

Dalam perkembangan lain, Mierul tidak menyangka bahawa rahang ‘jantan’ yang dikatakan di media sosial menjadi satu aset buat dirinya.

“Saya tak pernah terfikir rahang saya ni menjadi aset buat diri sayaa, tapi bila ada keluar artikel fasal rahang ‘jantan’ saya itu sebab kemana-mana saya pergi dari 10 orang lima orang akan cakap pasal rahang saya.

“Saya percaya mungkin itu adalah satu keunikan pada diri saya dan saya hargai apa yang orang suka tentang diri saya,” ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi