suria

Ramai mula suka Puteri Sari, tak mahu lagi ‘fake’ di media sosial

JIKA sebelum ini penyanyi Puteri Sari sering menjadi sasaran netizen di media sosial yang mempersoalkan imej seksi dan isu membuka tudung.

Namun kata Puteri Sari, 22, kini perkara itu sudah berubah malah ramai mula memberikan reaksi positif di media sosial .

"Alhamdulillah macam sekarang ini saya tengok ramai netizen dah beri komen positif kepada saya.

"Kecaman pun ekarang dah berkurangan tidak seperti dahulu.

"Mungkin sebab saya bawa karakter 'mak tiri' di media sosial dan ramai menyukainya watak spontan itu berbanding cover cantik di Tiktok," katanya kepada mStar.

Dalam perkembangan lain, Sari memberitahu dia memasang impian untuk bergelar seorang penyanyi bertaraf antarabangsa suatu hari nanti.

Bagi mencapai usaha itu, Sari berkata, dia kini sedang giat mempertingkatkan kualiti vokal selain berusaha memperbaiki diri agar bakatnya dikenali masyarakat.

"Daripada dulu lagi saya minat menyanyi dan kalau boleh sekarang saya nak meningkatkan kualiti vokal.

"Selepas ini jika ada nak buat lagu baru, kalau lagu itu dapat sambutan harap ia sampai ke peringkat antarabangsa dan itu adalah impian saya," ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi