suria

Dulu sombong tegur pun tidak… 7 bulan kahwin baru Lia Aziz tahu suami orang paling kelakar

SELEPAS tujuh bulan mendirikan rumah tangga, penyanyi Lia Aziz menganggap suaminya adalah manusia paling kelakar pernah dikenalinya.

Kata Lia atau nama sebenarnya Nur Aliah Faizana Abd Aziz, 20, walaupun suaminya seorang yang pendiam dan pemalu, namun Arash mempunyai sikap penyayang.

“Arash seorang yang pendiam dan pemalu malah masa saya jumpa dia dulu pun tak bercakap dengan saya.

“Saya tengok dia macam sombong tapi rupanya tidak, dia memang seorang yang sangat pemalu.

“Tapi dia memang caring, loving walaupun kadang-kadang dia agak garang sedikit,” katanya kepada mStar.

Untuk rekod, pasangan ini berkahwin pada 23 Julai 2022 di Masjid Al Amin, Puchong, Selangor.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi