suria

“Kecewa dan sedih”... Nadhir Nasar merayu jangan tonton ‘Projek High Council’ secara haram, kasihan pelakon dan kru produksi

PELAKON Nadhir Nasar akui berasa kecewa dan sedih apabila mengetahui drama bersiri lakonannya iaitu Projek High Council bocor di internet.

Kata Nadhir atau Ahmad Nadhir Ahmad Nasar, 27, pelakon dan produksi telah berikan yang terbaik dan berharap masyarakat menonton drama tersebut di platform sah.

“Pelakon dan krew produksi bekerja keras untuk buat sebuah naskah berkualiti tinggi tapi ada segelintir orang yang tidak bertanggungjawab telah bocorkan drama itu.

“Kita rasa kecewa dan sedih, apa saya boleh katakan kepada siapa dapat link atau lihat video bocor itu jangan tengoklah.

“Tengok di platform yang halal dan bukan di platform haram untuk industri seni kita lebih ke hadapan,” katanya kepada mStar.

Dalam perkembangan lain, Nadhir telah dilantik menjadi duta pakaian baju melayu jenama Bulan Bintang bersama artis popular lain seperti Shukri Yahaha, Sharnaaz Ahmad, Hannah Delisha, Daiyan Trisha dan Beto Kusyairy.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi