PERNAH menjalinkan hubungan cinta pada tahun 2019, penyanyi Reedzwann mengakui kini sedang menunggu seseorang untuk mengisi kekosongan hatinya itu.
Kata Reedzwann atau Muhammad Khairol Ridhuan Khairol Husni, 23, dia ada memuat naik satu gambar di TikTok sebagai petunjuk untuk wanita itu melihat posting tersebut.
“Sebenarnya saja je saya post supaya orang tu tengok macam masih menunggu dia macam.
“Kalau misal kata dia tak bagi jawapan juga saya pun tak tahulah nak minta jawapan macam mana dekat dia.
“Mungkin lagu yang saya dapat buat berdasarkan gambar tersebut tajuk dia gambar dan kenangan. Jadi ada dua, satu nak bagi dia tengok satu mungkin akan keluar lagu baharu,” katanya kepada mStar.
TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI
Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!