suria

Pengikut Instagram tipu Hasif Upin RM500, pilih halalkan dan doa agar pelaku segera berubah

PENYANYI dan Tiktoker Hasif Upin mendedahkan menjadi mangsa penipuan salah seorang pengikutnya di Instagram yang meminta bantuan kononnya dalam kesusahan.

Hasif atau Hasif Sharuddin, 31, berkata, kejadian yang berlaku seawal pukul 4 pagi itu meminta bantuan kewangan sebanyak RM500 namun terus menghilangkan diri selepas mendapat wang tersebut.

"Ya saya ditipu oleh salah seorang pengikut di Instagram. Sebenarnya saya jenis orang yang suka balas mesej orang di Instagram. Ramai juga yang meminta bantuan dan mungkin saya terlalu lurus sebab mudah percaya orang.

"Sekitar pukul 4 pagi, ada seorang individu mesej saya dan minta wang RM500 selain menghantar gambar ambulans katanya isteri sedang sakit. Tanpa fikir panjang saya terus transfer wang ke dalam akaunnya.

"Tapi bila saya lihat balik gambar itu baru saya sedar gambar ambulans itu lain... apabila saya tanya dia hanya gelak sinis sebelum menyekat nombor saya," katanya.

Dalam pada itu, Hasif berkata, dia memaafkan individu berkenaan dan menghalalkan wang yang diberikan kepadanya.

"Saya maafkan dan halalkan duit tersebut. Saya harap dia gunakan wang itu dengan baik dan berharap dia tidak mengulangi perbuatan sama kepada orang lain," jelasnya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi