suria

Haqiem Rusli bahagiakan isteri bawa tonton konsert Blackpink… “Kami bukan buat benda tak elok”

GARA-GARA berkongsikan momen seronok berhibur sambil menyaksikan persembahan artis Korea iaitu Blackpink, penyanyi Haqiem Rusli menerima kecaman hebat dalam kalangan netizen.

Perkongsian isterinya iaitu Anis Sofea menerusi Instagram itu diselar oleh netizen kerana dikatakan seperti seronok mengejar duniawi.

Haqiem atau nama sebenarnya Ridzuan Haqiem Rusli, 25, bagaimanpun enggan melatah berkenaan isu ini malah meminta agar netizen tidak cepat menghukumnya.

“Saya faham je bagi yang menegur tapi kalau fikir secara logik, kami bukannya pergi sebagai pasangan kekasih, kalau kecam tu faham la tapi suami isteri... tak ada buat perkara yang tidak elok pun hanya tonton persembahan Blackpink dan berhibur.

“Saya sebagai seorang suami kena bahagiakan isteri, jadi dia (Anis) suka perkara itu maka saya sokonglah.

“Tanggapan orang tu saya terima, tapi di media sosial ni orang hanya nampak hiburan saja sebab takkan saya nak kongsikan semua perkara yang saya buat, kalau boleh jangan cepat sangat menuduh tanpa usul periksa,” kata Haqiem kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi