suria

Ayu Puteh buat laporan polis terhadap Awesome TV, dakwa kenyataan dibuat jejaskan reputasi syarikat

PENERBIT Datuk Ayu Puteh tampil membuat laporan di Ibu Pejabat Balai Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur mendakwa kenyataan dikeluarkan pihak Awesome TV terhadapnya adalah palsu.

Ayu atau Normashayu Puteh, 47, berkata, laporan itu juga sebagai membela dirinya yang dimanipulasi serta ditindas oleh pihak stesen televisyen tersebut.

"Saya buat laporan polis ini sebab saya terkejut apabila membaca kenyataan Awesome TV sebab maklumat disalurkan adalah tidak benar dan ia menjejaskan nama baik serta reputasi syarikat produksi saya.

"Kenyataan mereka kepada media adalah palsu sebab saya tidak pernah menerima sebarang surat atau dokumen tuntutan seperti didakwa," katanya kepada mStar.

Ayu berkongsi perkara itu ketika ditemui selepas selesai membuat laporan polis.

Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan, Awesome TV memfailkan tuntutan caj kelewatan penerimaan bahan siaran berjumlah RM162,192,000 kepada penerbit berkenaan pada Januari lalu.

Ia susulan syarikat Ayu iaitu Pencil Pictures Sdn Bhd didakwa gagal memenuhi syarat kontrak penerbitan drama bersiri Di Sebalik Dia sebanyak 28 episod.

Sementara itu, Ayu memberitahu sepanjang 12 tahun melibatkan diri dalam penerbitan drama untuk stesen TV, ini adalah kali pertama dia berdepan dengan masalah pembayaran.

"Sepanjang bekerjasama dengan stesen seperti RTM, Astro, TM, TV3, Netflix tapi saya tak pernah ada maslah ini.

"Kami hantar invois paling lama seminggu atau dua terus dapat bayaran tetapi yang ini (Awesome TV) bagi banyak alasan," katanya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi