suria

“Saya bertahan kerana minat”… Selepas 16 tahun, Ummi Nazeera puas pertama kali rangkul trofi pelakon terbaik

PERTAMA kali menggenggam trofi Pelakon Wanita Terbaik selepas 16 tahun bergelar anak seni, pelakon Ummi Nazeera menyifatkan kemenangan di Tonton Anugerah Drama Sangat 2023 (TADS2023) sebagai satu kemanisan dalam kerjaya.

Kata Ummi, 33, perjalanannya dalam dunia lakonan juga bukanlah sesuatu yang dan kemenangan tersebut membuktikan segala usahanya selama ini berbaloi.

"Alhamdulillah selepas 16 tahun dalam industri, saya rasakan ini kemenangan yang sangat manis sebab perjalanan saya bukan senang. Jadi saya tidak pernah ambil mudah terhadap kerjaya ini.

"Bagi saya bukan mudah untuk dapatkan trofi ini. Kita ada ramai pelakon hebat. Malah saingan saya dalam anugerah ini juga semuanya hebat," katanya kepada mStar.

Dalam TADS2023 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada malam Ahad itu, Ummi merangkul anugerah berkenaan menerusi lakonannya dalam drama Risik Pada Hati.

Lakonan mantap Ummi telah menambat hati juri sekaligus menewaskan empat calon lain iaitu Fasha Sandha (Khilaf Asmara), Fauziah Ahmad Daud (Ayahanda), Nabila Huda (Terlerai Nokhtah) dan Siti Saleha (7 Hari Mencintaiku 3).

TONTON VIDEO PENUH YANG DISEDIAKAN MSTAR INI.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi